Wednesday, July 13, 2011

SeLaMaT pEnGaNtIn BaRu KpD KAK IDA & ABG NGAH

Baru-baru ini kakakku baru melangsungkan perkahwinannya pd bulan Mac yg lalu. Agak beratla melepaskan dia dari zaman bujangnya. Kakakku banyak menolongku terutamanya sekali ketika aku melanjutkan pelajaran di universiti Murabbi. Banyak pertolongan dia telah curahkan kepadaku sejak dulu sampaila sekarang dia sudah berkahwin. Antara bantuan yg dia prnah bagi adalah:-


1- pernah bagi duit kpdku...walaupun x seberapa..hehe


2-pernah belanjaku transport balik ke kampung @ bercuti...sayang akak!!! lps ni nk lg yea...hehe


3- pernah belikan barang2 kpdku...xleh nk bgtaula brg ape yea..huhu


4-pernah hantar aku ke tempat pengajianku walaupun sudah larut 
malam..terharunyer...thanks kak..


Pesanan kakakku yg xpernah ku lupai ialah "Kalu nk kahwin biar abs belajar dulu jgn jd mcm aku xsmpat nk abs blajar."Pesanan ini akan ku ingt smpai biler2 walaupun belum tntu lg aku akn ikt..kihkih jhat x aku??huhu..Pesanan ini mengingatku bahawa betapa sayangnya dia kpdku walaupun dia selalu memarahiku...




 I luv my sister...

Jom tengok gambar majlis Resepsi kakakku...













Tip untuk kakakku utk menjadi Isteri Solehah...


* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menja
ga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.


~Ikhlas dr adkmu yg masing bujang ini..hehe~

No comments:

Post a Comment