Sunday, July 18, 2010

WaNiTa DaN kUpU-kUpU

Kasihan kupu-kupu, badanya cantik dan mempersona tetapi kalau ditambah dengan kekuatan malam, ia bermaksud lain. Hakikatnya kupu-kupu bukan semuanya keluar malam. Sebilangan sahaja yang gemar ‘berpeleseran’ pada waktu hitam pekat, itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggiran jalan.

Kupu-kupu tetap indah, cantik dan menawan. Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang, hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi di tengah-tenagh kelopok bunga. Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan segar. Sesiapapun pasti melirik apabila terperasankan kelibat kupu-kupu melintasi, hati sesiapapun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikan di hujung jari. Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa yang menginginkan, kupu-kupu pun terbiar.

Wahai wanita dan kupu-kupu, anda ada persamaan….
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda tamsilan kepada keindahan…
Wahai wanita dan kupu-kupu, anda juga tamsilan kepada kerosokan dan kemusnahan..
Demikianlah wanita dijadikan Tuhan menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Tuhan untuk menghiasi bunga-bungaan. Tanpa wanita, dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki berasa rimas sebagaimana Nabi Adam as pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Tuhan agar dijadikan seorang teman. Agar boleh dia berbicara, bergurau senda dan membina sahsiahnya. Terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Adam as. Barulah terisi jiwa Nabi Adam as dan segala kenikmatan syurga di sekelilingnya terasa wujud.

Ternyata wanita cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kepada suntingan kupu-kupu untuk merealisasikan proses pendebungaan. Tanpa permaisuri, siapalah lelaki yang bergelar raja itu, tanpa isteri siapalah lelaki yang bergelar suami itu, tanpa wanita siapalah pria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah pria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah maskulin yang konon mahu digelar ayah itu?
Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasulullah saw tidak mendapat ‘dorongan’ yang amat diperlukan untuk terus bangun, berpegang teguh kepada keyakian dan menyebarkan Islam sebagaimana semestinya. Tanpa Aishah, barangkali banyak hadis Rasulullah saw tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. Tanpa Fatimah az-Zahrah, barangkali Saidatina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah saw yang amat disayangi. Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa as tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur dan mengaku tuhan itu. Tanpa Mashitah, barangkali tidak tebukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya. Dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki lahir daripada perut wanita.

Namun seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh as telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran. Seorang wanita di zaman permulaan islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan menguyah hatinya. Seoarang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah saw dan dalam sejarah manusia sejagat ramai menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.
Alangkah besar dan pentingnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu-kupu dalam menambah biakan bunga-bungaan dan menambah keceriaan bumi ini. Tetapi, alangkah besar dan hebatnya peranan wanita dalam merosakkan kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan diri sendiri denagn menerjah api.