Sunday, April 24, 2011

Rahsia Cinta


When the self is made strong by love
Its power rules the whole world
The heavenly sage who adorned the sky with stars
Flunked these buds from the bough of the self
Its hand becames God's hand
The moon is split by its fingers
It's the arbitrator in all the quarrels of the world.

Apabila diri menjadi kuat dengan cinta
Kuasanya menguasai seluruh dunia
Langit yang menghiasi angkasa dengan bintang
Mencantas putik ini dari dahan diri
Tangannya menjadi tangan Tuhan
Bulan terbelah dengan jari-jemarinya
Dialah penimbang tara pada semua sengketa dunia...

~MUHAMMAD IQBAL~
- Itulah rahsia cinta. Cinta menjadikan yg jauh menjadi dekat, yg berat menjadi ringan dn yg pahit mnjadi manis. sebaliknya, kebencian menjadikan yg dekat mnjadi jauh, yg ringan menjadi berat dn yg manis menjadi pahit.

Wednesday, April 20, 2011

Sebelum Kamu Bertaaruf



Wahai ikhwan jangan mudah untuk kau mengatakan ta’aruf dengan seseorang. Fahami duhulu apa erti ta’aruf itu sebenarnya sebelum kau berani mengatakannya. Jangan dikotori sucinya makna ta’aruf itu sendiri, sebuah syariat harus ditegakkan untuk itu lebih baik diam jika belum sedia untuk menjalaninya.
Mampukah setiap dari kita memikul semua perasaan cinta dan kasih sayang yang benar-benar sesuai dengan syariat?   Cinta harus diuruskan dengan baik, terutama cinta pada Allah SWT, Rasulullah SAW, cinta terhadap orang-orang soleh dan beriman. Jadi tidak harus memberi cinta secara murahan atau bahkan melanggar syariat Allah SWT.
Bagaimanakah ciri – ciri  ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:
.
1.Melakukan Istikharoh dengan sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.

2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf Islami)
Setelah data peribadi didapatkan maka perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi masing2 pihak

3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing – masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya,   dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya. Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.

4.Menentukan waktu ta’aruf dengan keluarga Perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya..  Namun ingat, pihak lelaki  jangan datang seorang diri,  untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.

5.Keluarga pihak lelaki  mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki  ingin mengenal calon menantunya (akhwat). Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.

6.Menentukan Waktu Khitbah 
Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan,  juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama. Segeralah menentukan  waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan). Jarak waktu antara ta’aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.

7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.

Semoga dengan menjalankan ciri – ciri  ta’aruf secara Islam di atas, Insya Allah akan terbentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah… Yang menjadi dambaan setiap keluarga muslim baik di dunia mahupun diakhirat.


Sumber: Sebelum kamu Mengatakan Ta'aruf | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/sebelum-kamu-bertaaruf/#ixzz1K7BoChog

Monday, April 18, 2011

7 Seni Memikat Pilihan Hati

Berikut adalah seni-seni memikat yang selaras dengan kehendak Islam. Al-Fadhil al-Ustaz Rusli Md. Zain al-Farqawi, Mudir Darul Quran Klang, Selangor akan menghuraikan tujuh perkara yang perlu diberi perhatian:

1- Yakin dan bukan menunjuk-nunjuk : memikat dan menarik calon pilihan hati haruslah dengan yakin supaya yang dipikat tidak berasa tertipu. Jika ada unsur kepura-puraan, wanita mungkin akan teraniaya. Hubungan yang ada unsur menipu ini atau cinta monyet biasanya tidak bertahan lama.


2- Permerhatian :
 pemerhatian mestilah yang dibenarkan dalam Islam iaitu melalui pemerhatian jauh atau merisik. Gunakan orang tengah yang kita percaya untuk menyelidik latar belakang calon pilihan kita.


3- Pembuktian :
 calon yang hendak dipikat telah dipersetujui. Calon juga tahu yang kita sedang memikatnya. Buktikan kesungguhan kita memikatnya.


4- Keikhlasan :
 memikat biarlah secara semulajadi. Tidak perlu menggunakan skrip. Persahatan mestilah kerana Allah. Teguran yang dilakukan pasangan mestilah kerana Allah tanpa ada unsur-unsur cemburu, dengki dan bernafsu.


5- Penambahbaikan : 
perhubungan tidak semestinya memerlukan jangka masa panjang. Pada waktu ini, syaitan cuba menggoda supaya kita menyimpang. Oleh itu, ilmu mesti disisipkan dalam sesuatu perhubungan.


6- Konsisten (Istiqamah) : terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita serta keluarganya. Setiap pasangan akan diuji dengan pelbagai ujian. Walau apa pun yang berlaku, perasaan kita terhadap pasangan haruslah konsisten.


7- Elakkan cinta monyet : 
cinta monyet hanya sebentar. Antara ciri cinta monyet ialah bertukar-tukar pasangan dan syok sendiri. Dalam cinta monyet, wanitalah yang akan teraniaya.


Tindakan Selepas Berjaya Dipikat

1- Kelangsungan dan kesinambungan : 
setelah melalui semua proses di atas, sesuatu perhubungan mestilah disegerakan (dilangsungkan proses perkahwinan) bagi menutup pintu-pintu fitnah dan dosa.


2- Kurangkan pertemuan : ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan prasangka buruk semua pihak.


3- Tingkatkan perancangan : pada masa yang sama, pasangan haruslah berusaha meningkatkan kefahaman terhadap diri pasangan masing-masing. Telitikan perancangan untuk berumah tangga kelak.


4- Tingkatkan kekerapan menghadiri majlis agama : kursus perkahwinan mesti disusulkan dengan menghadiri kuliah-kuliah agama yang lain untuk memantapkan iman. Bacalah buku-buku agama terutama yang berkaitan institusi berumah tangga.


5- Mendekati Tilawah al-Quran : 
pasangan sepatutnya belajar al-Quran dari satu juzuk hingga 30 juzuk sebelum berkahwin. Majlis khatam al-Quran haruslah dilakukan oleh si lelaki mahupun perempuan. Yang banyak berlaku ialah hanya pengantin perempuan sahaja yang melakukan majlis khatam al-Quran pada majlis perkahwinan mereka.


6- Berdoa selepas membaca al-Quran :
 Sabda Nabi Muhammad SAW, “Berdoa sesudah membaca al-Quran akan diaminkan 4000 malaikat manakala berdoa sesudah khatam al-Quran pula akan diaminkan oleh 60 000 malaikat Allah.” (Riwayat ad-Damiri dan ad-Dailami) 

Amalkan juga solat sunat dhuha, membaca Ayat Seribu Dinar dan surah al-Waqiah setiap hari sebelum dan selepas dipikat.


7- Kukuhkan ekonomi : Pasangan harus meningkatkan ekonomi mereka seperti mencari pekerjaan yang stabil, meningkatkan produktiviti pekerjaan dan sebagainya.


8- Tingkatkan kualiti kerjaya :
 Jangan pula apabila berkahwin, kualiti kerja kita merosot kerana terlebih fokus kepada isteri. Kualiti kerja perlu lebih maju sehingga boleh diberi penghargaan seperti kenaikan pangkat atau dijadikan contoh kepada pekerja-pekerja lain.


9- Cari kualiti masa : 
Buatlah pembaikan dari semasa ke semasa terhadap pasangan masing-masing. Bertanya khabar amat penting supaya pasangan tidak berasa terabai. Berikan kata-kata pembina semangat, bukan ungkapan rindu yang boleh menaikkan nafsu syahwat.


10- Letakkan moto kehidupan :
 Nabi SAW ada mengingatkan kita iaitu lima perkara sebelum lima perkara: Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.



sumber : Portal Islam Murabbi

Saturday, April 16, 2011

ZIKIR-ZIKIR SAHIH SELEPAS SOLAT



Dzikir-dzikir Setelah Salam dari Shalat Wajib

Diantara dzikir-dzikir yang sifatnya muqayyad adalah dzikir setelah salam dari shalat wajib. Setelah selesai mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri, kita disunnahkan membaca dzikir, yaitu sebagai berikut:

1. Membaca:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

“Aku meminta ampunan kepada Allah (tiga kali). Ya Allah, Engkaulah As-Salaam (Yang selamat dari kejelekan-kejelekan, kekurangan-kekurangan dan kerusakan-kerusakan) dan dari-Mu as-salaam (keselamatan), Maha Berkah Engkau Wahai Dzat Yang Maha Agung dan Maha Baik.” (HR. Muslim 1/414)

2. Membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ, اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

“Tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang dapat menolak terhadap apa yang Engkau beri dan tidak ada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tolak dan orang yang memiliki kekayaan tidak dapat menghalangi dari siksa-Mu.” (HR. Al-Bukhariy 1/255 dan Muslim 414)

3. Membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

“Tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan upaya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah dan kami tidak beribadah kecuali kepada Allah, milik-Nya-lah segala kenikmatan, karunia, dan sanjungan yang baik, tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, kami mengikhlashkan agama untuk-Nya walaupun orang-orang kafir benci.” (HR. Muslim 1/415)

4. Membaca:

سُبْحَانَ اللهُ

“Maha Suci Allah.” (tiga puluh tiga kali)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ

“Segala puji bagi Allah.” (tiga puluh tiga kali)

اَللهُ أَكْبَرُ

“Allah Maha Besar.” (tiga puluh tiga kali)

Kemudian dilengkapi menjadi seratus dengan membaca,

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

“Barangsiapa mengucapkan dzikir ini setelah selesai dari setiap shalat wajib, maka diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. (HR. Muslim 1/418 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Ada dua sifat (amalan) yang tidaklah seorang muslim menjaga keduanya (yaitu senantiasa mengamalkannya, pent) kecuali dia akan masuk jannah, dua amalan itu (sebenarnya) mudah, akan tetapi yang mengamalkannya sedikit, (dua amalan tersebut adalah): mensucikan Allah Ta’ala setelah selesai dari setiap shalat wajib sebanyak sepuluh kali (maksudnya membaca Subhaanallaah), memujinya (membaca Alhamdulillaah) sepuluh kali, dan bertakbir (membaca Allaahu Akbar) sepuluh kali, maka itulah jumlahnya 150 kali (dalam lima kali shalat sehari semalam, pent) diucapkan oleh lisan, akan tetapi menjadi 1500 dalam timbangan (di akhirat). Dan amalan yang kedua, bertakbir 34 kali ketika hendak tidur, bertahmid 33 kali dan bertasbih 33 kali (atau boleh tasbih dulu, tahmid baru takbir, pent), maka itulah 100 kali diucapkan oleh lisan dan 1000 kali dalam timbangan.”

Ibnu ‘Umar berkata, “Sungguh aku telah melihat Rasulullah menekuk tangan (yaitu jarinya) ketika mengucapkan dzikir-dzikir tersebut.”

Para shahabat bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dikatakan bahwa kedua amalan tersebut ringan/mudah akan tetapi sedikit yang mengamalkannya?“

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Syaithan mendatangi salah seorang dari kalian ketika hendak tidur, lalu menjadikannya tertidur sebelum mengucapkan dzikir-dzikir tersebut, dan syaithan pun mendatanginya di dalam shalatnya (maksudnya setelah shalat), lalu mengingatkannya tentang kebutuhannya (lalu dia pun pergi) sebelum mengucapkannya.” (Hadits Shahih Riwayat Abu Dawud no.5065, At-Tirmidziy no.3471, An-Nasa`iy 3/74-75, Ibnu Majah no.926 dan Ahmad 2/161,205, lihat Shahiih Kitaab Al-Adzkaar, karya Asy-Syaikh Salim Al-Hilaliy 1/204)

Kita boleh berdzikir dengan tasbih, tahmid dan takbir masing-masing 33 kali dengan ditambah tahlil satu kali atau masing-masing 10 kali, yang penting konsisten, jika memilih yang 10 kali maka dalam satu hari kita memakai dzikir yang 10 kali tersebut.

Hadits ini selayaknya diperhatikan oleh kita semua, jangan sampai amalan yang sebenarnya mudah, tidak bisa kita amalkan.

Tentunya amalan/ibadah semudah apapun tidak akan terwujud kecuali dengan pertolongan Allah. Setiap beramal apapun seharusnya kita meminta pertolongan kepada Allah, dalam rangka merealisasikan firman Allah,

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

“Hanya kepada Engkaulah kami beribadah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.” (Al-Faatihah:4)

5. Membaca surat Al-Ikhlaash, Al-Falaq dan An-Naas satu kali setelah shalat Zhuhur, ‘Ashar dan ‘Isya`. Adapun setelah shalat Maghrib dan Shubuh dibaca tiga kali. (HR. Abu Dawud 2/86 dan An-Nasa`iy 3/68, lihat Shahiih Sunan At-Tirmidziy 2/8, lihat juga Fathul Baari 9/62)

6. Membaca ayat kursi yaitu surat Al-Baqarah:255

Barangsiapa membaca ayat ini setiap selesai shalat tidak ada yang dapat mencegahnya masuk jannah kecuali maut. (HR. An-Nasa`iy dalam ‘Amalul yaum wal lailah no.100, Ibnus Sunniy no.121 dan dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy dalam Shahiihul Jaami’ 5/339 dan Silsilatul Ahaadiits Ash-Shahiihah 2/697 no.972)

7. Membaca:

اللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Sebagaimana diterangkan dalam hadits Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memegang kedua tangannya dan berkata, “Ya Mu’adz, Demi Allah, sungguh aku benar-benar mencintaimu.” Lalu beliau bersabda, “Aku wasiatkan kepadamu Ya Mu’adz, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan di setiap selesai shalat, ucapan...” (lihat di atas):

“Ya Allah, tolonglah aku agar senantiasa mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah dengan baik kepada-Mu.” (HR. Abu Dawud 2/86 dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albaniy dalam Shahiih Sunan Abi Dawud 1/284)

Do’a ini bisa dibaca setelah tasyahhud dan sebelum salam atau setelah salam. (‘Aunul Ma’buud 4/269)

8. Membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, yang menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Dibaca sepuluh kali setelah shalat Maghrib dan Shubuh. (HR. At-Tirmidziy 5/515 dan Ahmad 4/227, lihat takhrijnya dalam Zaadul Ma’aad 1/300)

9. Membaca:

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.” Setelah salam dari shalat shubuh. (HR. Ibnu Majah, lihat Shahiih Sunan Ibni Maajah 1/152 dan Majma’uz Zawaa`id 10/111)













Wednesday, April 13, 2011

KaLuMpAnG Time!!!

Assalamualaikum w.b.t.....

Siapa yg tidak kenal dgn Kalumpang iaitu sebuah tempat yg terletak berhampiran dgn Tanjung Malim, Perak. Setiap hujung minggu, kalumpang selalu dipenuhi dengan ramai pengunjung dimerata tempat malah kalangan budk2 IPTA pom ade. Kali ini ana dan beberapa naqibah2 yg lain turut membawa adek2 halaqah berkunjung di sana dan juga buat kali pertama bagi adek2. First face ana tgk adek2 sgt teruja dgn keindahan permandangan disekitar air terjun di Kalumpang itu. 

cANtekk kn3.....

Setibanya di sana, kami terlebih dahulu menjamu selera dgn bekalan yg kami bawa seperti roti, nasi lemak, biskut dn air teh. walaupun simple tetapi nyaman (bahasa Sarawak) maksudnya sedappp., Selepas menjamu selera, ana dn naqibah2 yg lain membuat game utk adek2 halaqah. Tapi sebelum2 kami saling bertaaruf terlebih dahulu sblm memulakan game.

~bukak jgn x bukak dik~ 

Slah satu game yg kami buat ialah MUSIC BOX...Memandangkan keadaan agak bising, music xdpt didengari..namun kami teruskan juga dgn hanya menggunakan suara dgn menyebut STOP sahaja..Suke sgt tgk adek2 sume sporting!!! Antara jenis2 soalan yg dibuat melalui game2 semuanya berkaitan dgn ISLAM, malah tidak disangka2 kesemuanya adek2 halaqah dpt jawab dgn baik..


..................................................
Namun begitu, agak sedih jugaklah adek2 halaqah ana setakat sem ini saja. ana cumer hanya mampu dapat doakan KESEJAHTERAAN mrk agar mrk sentiasa tetap teruskan perjuangan sebagai bakal PENDIDIK dan terapkan  ISLAM dlm kehidupan seharian..AMIN....